
|
Hukum Bulu Kucing
Monday, December 27, 2010 @ 12/27/2010 04:28:00 PM | 0 Comment [s]
Menurut mazhab Syafi'ie dan Hanbali,bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis.Bukan setakat kucing,tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal daripada tubuh badannya,sama ada semasa hidup atau selepas mati.Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing,monyet,musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika masih hidup,maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang itu mati.Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. Hubungannya Dengan Solat Menurut hukum syarak,syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian,tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh sebab itu,jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis.Kecuali jika bulu najis itu sedikit,seperti sehelai atau dua helai,kerana ia dimaafkan.Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. sumber- BADAR INTERSABER Labels: usrah |
Our Officially Blog Revolution 0913 Status Updates Study smart for your Trial SBP. Jangan study last minute ye ! Fight for SPM :) 10A+ and 9A+
WE ARE THE BEST! Let's talk!
The Credits!
Template by : Thereisaway To Heaven :)
Basecode by : CuteREVO's Full Edited : Revolutioners
|