We Are Revolutioners :)
Manfaatkan Masa Yang Ada

Sunday, October 30, 2011 @ 10/30/2011 12:10:00 AM | 0 Comment [s]

Salam semua..

     Seringkali kita dengar dalam kalangan kita ada yang sering mengatakan "Boring giler pasca ni!" atau "Ala.. Tak ade ape nak buat la.. Tidur je la.." Dialog sebegini dapat menggambarkan sikap diri kita yang malas. Sikap sebegini harus kita buangkan jauh-jauh kerana ini akan melambatkan kemajuan dan kejayaan yang bakal dikecapi di samping kerja yang sepatutnya dilakukan tertangguh.


Harus juga kita ingat bahawa "masa lapang" juga merupakan antara nikmat Allah SWT. Oleh itu, kita mestilah mensyukurinya dengan melakukan perkara yang berfaedah. Masa yang terluang inilah sepatutnya kita gunakan untuk membina potensi diri dan memantapkan ilmu agama yang masih rapuh dalam diri kita. Kita pasti perlukannya saat dihimpit kesusahan nanti.

Marilah kita bertindak sekarang sebelum nasi menjadi bubur. Jangan tunggu sampai ada masa lapang tetapi sebaliknya ciptalah ruang dan peluang untuk diri kita bagi memperoleh kebaikan dunia dan akhirat.

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah s.a.w: "Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”

Sekian daripada saya.

Labels:



Older Post | Newer Post
Our Officially Blog

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Selamat datang ke blog revolusi 0913.
Revolution 0913
Status Updates
Study smart for your Trial SBP. Jangan study last minute ye ! Fight for SPM :) 10A+ and 9A+
 Stalking Here :)


WE ARE THE BEST!

Home About Revo SBPians HotLinks


Let's talk!


The Credits!

Template by : Thereisaway To Heaven :)
Basecode by : CuteREVO's
Full Edited : Revolutioners

Best View at GOOGLE CHROME only.